Thursday, 27 October 2011

Projek Tanam Durian

Projek terkini adalah menambah stok pokok durian di kebun aku, setakat ini terdapat 32 batang pokok durian yang menjangkau umur 10tahun ke atas oleh kerana masih terdapat lagi tanah kosong, aku bercadang untuk menambah stok pokok durian berbaka Musang King untuk harta warisan keluarga. Oleh kerana aku ni masih bekerja dengan kerajaan dan masa terhad jika aku nak uruskan tanaman getah atau kelapa sawit makan aku rasa durian yang bermusim ini adalah pilihat terbaik lagi pun semua ahli keluarga aku mmg hantu durian.. hampir 80% kawasan semak dan berpokok gelam aku dah tebang mengunakan parang dan kita di proses terakhir untuk di kumpul dan di bakar pokok2 yang telah di tebang kemudian nak pagar pula. aku jangkakan penambahan lagi 20-30 batang pokok durian boleh di tanam lagi berselang dengan pokok pisang ini bermakna jika ukuran 2 suku ekar tanah boleh memuatkan sebanyak 50 ke 60 bantang pokok durian sudah cukup lumayan. i'allah

Sunday, 15 May 2011

Menghantar Stok EM-1 ke Pahang






Penghantaran stok EM-1 Ke Negeri Pahang. Agen dari Pahang En.Khairul..

Wednesday, 11 May 2011

EM


Penggunaan EM untuk pertanian dan penternakan telah pun meluas dan telah lama di gunakan di negara maju, namun di negara kita ramai lagi masih tidak mengetahui penggunaan EM ini. dari Pelbagai espek EM di gunakan untuk menyuburkan tanah, mencegah bau, membunuh bakteria jahat dan pelbagai lagi..EM ini sama seperti Yakut dan Vitigen yang kita minum di mana berbilioan bakteria baik dapat membantu kita dalam mengekalkan kesihatan sejagat..penggunaan EM untuk menghasilkan baja bokashi dan mud boll amat berkesan dalam pertanian.tak caya nnt saya tunjukkan.. EM-1 ini di ibaratkan pati untuk di bancur dengan cara yang di syorkan, so kalau berminat tel saya saya boleh bagi kursus percuma je..ilmu ini kenalah di war-warkan baru berkat..
nak cite pasal harga EM-1 ni amat murah iaitu RM28.00 seliter..boleh hubungi saya di talian 012-2801979 k..

Tuesday, 3 May 2011

Projek terbaru

selain menjalankan projek perikanan saya juga menjalankan aktiviti pertanian Projek Kelapa Matag di atas tanah seluas 2.2 ekar, kerja-kerja pembersihan tanah telah pun sempurna dan kini kerja memagar tanah serta merawat tanah akan di jalankan. Perancangan teliti perlu untuk menjamin kejayaan.

Thursday, 28 April 2011

Penggunaa Hormon Dorm untuk Pembenihan kini lebih Efectif

salam..
penggunaan Hormon Dorm telah lama di gunakan di negara China untuk pembenihan di samping hormon overtibe dan overfrim namun di Malaysia ia agak baru di kalangan penternak bumiputra kerana di katakan hormon ini di monopoli oleh penternak cina namun kini ia boleh di dapati di pasaran. Dorm ini teryata lebih hebat berbanding dengan hormon lain kerana ujikaji Dorm di lihat lebih produktif dalam merangsang pengeluaran telur dan harga yang lebih murah jika di bandingkan dengan hormon yang lain. sapa-sapa yang berminat boleh berhubung dengan saya 012-2801979..

Monday, 25 April 2011

Kursus Pembenihan Ikan Air Tawar siri 1/2011

setelah 8 hari menimba pengalaman dan tunjuk ajar dari pegawai-pegawai perikanan akhirnya ini lah barisan penternak yang akan menyambung kesinanbungan akuakultur negara, moga segala tunjuk ajar di pratikan dan menjadi pedoman kepada semua..Tahniah kepada semua yang terlibat..

Wednesday, 6 April 2011

Projek Pembenihan Ikan Tilapia Merah Mengunakan Kaedah Hapa



Kaedah mengunakan hapa adalah kaedah terbaik untuk pembenihan ikan Tilapia ia dapat menjimatkan ruang dan juga mudah di pantau serta intensif mengeluarakan benih yang banyak untuk di kormesilkan.

Tilapia di RegaBiz

Disamping menjalankan pembenihan tilapia dan penternakan tilapia kami juga menyediakan kolam memancing kepada sesiapa yang berkunjung di Homestay Tehel. Selain itu di sini juga terdapat Hatcery untuk ikan hiasan yang amat menarik untuk anda kunjungi.

Agro Pelancongan di Melaka Bandar Warisan Dunia


 RegaBiz juga adalah satu syarikat yang menjalankan promosi Agro Pelancongan di Negeri Melaka dengan menawarkan perkhidmatan Homestay dan Chelet untuk sesiapa sahaja yang berminat untuk merasai suasana kampung dan merasai pengalaman bersama penternak ikan air tawar menjalankan aktiviti seharian.




                   Lokasi ini hanya 15minit dari Tol Ayer Keroh.



                                
               Aktiviti yang amat menarik jika berkunjung di sini.

Thursday, 10 March 2011

Penubuhan Syarikat RegaBiz Enterprise

Syarikat ini akan di tubuhkan pada 1 April 2011 dan bersifat perkongsian antara Haji Samsuri Majid dan saya Muhammad Zakri Chan Bin Abdullah. Syarikat ini menjalankan peniagaan berasaskan perikanan iaitu Pembenihan dan Penternakan ikan air tawar iaiti tilapia dan keli. Bertempat di Kampung Tehel terdapat 10 buah kolam dan 3 Hatchery untuk pebenihan ikan air tawar. Haji Samsuri Bin Majid adalah peladang berjaya negeri Melaka tahun 2010 dan saya pula adalah pakar pembenihan yang pernah berguru dengan Jabatan Perikanan. Gabungan orang lama dan baru, saya percaya syarikat pengeluaran benih ikan ini akan berjaya dengan sokongan dari semua pihak terutama dari Jabatan Perikanan. REGA adalah nama proses dari telor ikan kemudian menjadi rega dan baru lah terhasilnya benih ikan. REGA juga amat sembolik kerana perkataanya melambangkan kekuatan jiwa dan semangat setiakawan.

R= Rakan
E= Erat
G= Gigih
A= Amanah

Syarikat ini juga bertujuan untuk membantu orang bumiputra/Melayu untuk mendapat bekalan benih yang bermutu dan murah serta khidmat bantuan dan nasihat untuk mereka yang ingin menceburkan diri dalam bidang ini. Syarikat RRGABIZ juga berpegang konsep STOM iaitu Syarikat Tolong Orang Melayu. Dengan penubuhan Syarikat ini saya berharap akan memberi harapan baru dalam industri perikanan air tawar khususnya di negeri Melaka dan dapat membantu mereka yang memerlukan. Pengeluaran benih pertama syarikat kami di jangkan pada bulan jun 2011 segala maklumat akan saya up date dalam blog yang penuh keramat ini di harap semua mendapat info terbaik. segala pertanyaan boleh hubungi saya di 

talian 012-2801979  
email: regabz@gmail.com

sekian terima kasih